kenape tak puasa?

aduhh sakitnye mata dan hidung! sebab ape? sebab kalau ade orang sekeliling yang katenye Islam, tapi tak reti nak puasa? aiyoyo kenape ye dieorang ni? sungguh kesian.. nak2 bila bangsa lain yang tanya “u tak puasa ke?” tak ke tebal macam tembok muka tu..??

kenape mesti puasa? puasa ni kan wajib? puasa ni maksud dia menahan diri. yela jangan makan, jangan buat benda2 tak senonoh, jangan korek idung, jangan mengumpat, jangan mencarut! kena tahan benda2 ni semua dari terbit fajar sampai tenggelam matahari. tapi ade jugak yang pukul 8 dah mula bancuh milo kat dapur. macam mana nih?

bukan susah sangat pun puasa ni. anak buah aku yang baru darjah 1, tadika pon dah pandai nak berpuasa. kot ye pon tak puasa, takyah nak bangga diri, makan kat depan orang ramai. cover la sikit wooiii

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”

Syarat Wajib Puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.

Syarat Sah Puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam ialah:

  • Orang Islam
  • Berakal – tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas (yang haid tu kite leh tengok berape lama dia haid.. takkan sebulan kan? melainkan dia SAKIT)
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa

Rukun Puasa

  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat Puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang membatalkan puasa

  • makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja (mane ade yang tak sengaja pulak!)
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka. golongan ni diharuskan berbuka. paham ke maksud harus tu?? kalo harus pon tak paham susah la…

  • Orang yang sakit.
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Doa berbuka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Kerugian meninggalkan puasa

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

4 comments
  1. mmg patut pun.. panas lak ati aku td.. makan tuh beragak la. dah makan tuh senyap. takyah memekak. aku just tego sket je. tul tak? bru cmtuh dah melenting. nnt kene tanye kt alam barzakh ko nak emo2 gak ke? mau kene pelangkung..

  2. ebikko said:

    muakakaka kena soal kat alam barzakh kalo nak emo gak mmg takleh blah la. mmg sah la bukan takat pelangkung lagi. libas sudahhh

  3. chuka said:

    hishhh ade gak manusia yg xtau malu cmtu ek..truk tul..ape nk jadikla ngn manusia2 zaman skg ni..

  4. ebikko said:

    tahla chuka.. pening dah tengok. kesian pun iye… bukan tak tego, dah tego tapi buat bodo jek. so how?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: