kenyang

petang semalam ujan mmg lebat giler. dari bangi sampai ke putrajaya. tapi kat bangi lagi petir sambung menyambung. eh betul ke aku gune ayat ni. ah lantak ler.

macam biase kena tunggu zura keluar opis. aku rase opis dia jauh kot sebab tu cam 10-15 minit gak la kena tunggu kat luar tu. takpe la tak kesah pon. bukan rushing ape2 pon nak balik umah awal2 buat ape plak kan. huhu

semalam lepas keja, teman zura pegi berbuka. tapi sebelum tu jenuh gak pikir nak makan kat mane. biase la, sebab benda kecik pon kiteorang leh gadoh. kekeke. ade banyak je pilihan sebenarnye kat alamanda tu. kfc, mcd, anw, pizza, rasamas, lemongrass, kopitiam, secret recepi, etc etc sushi king tak halal la pulak. iisssk. so, last2 decide pegi manhantan fish market. bantai la menu yang dieorang offer untuk cny. memule tu takut gak sup dia tak sedap. sebab dulu penah makan sup yang satu tu tak sedap. mujur semalam tu mungkin tengah lapar. sup cendawan dia campur dengan tomato pon rase sedap. huhu

memang kenyang maut la makan menda alah ni. last2 tak larat tapau jek bawak balik. sebelum balik tu 2 round bowling. segan gile siot main kat alamanda ni. ramai yg terer2 gile. pastu masing2 tangan dah macam robot. pakai benda alah ape tah tu. dengan bola sendiri, kasut sendiri. huwaaa. dasat kan dieorang? hehehehe. aku main cam biase, kaki longkang. 1st game dapat la 92 pin je. yang 2nd game naik sikit je tak banyak, 104. tu pon dah berpeluh gile kot. menangis dah ketiak aku.

before balik, sempat merayap ke MPH jap. aku beli buku La Tahzan (jangan bersedih) tu tapi tak bace lagi. tak sempat ke atau aku sengaje buat2 tak sempat. hehehe. dan mase lalu kat bahagian budak2 bahasa melayu ternampak buku yang su pernah bagitau kat facebook dulu. buku citer twilight ngan new moon dah selamat ditranslate ke bahase melayu, tapi tajuk dia tu… hurmmm.. no komplen la. huh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: