Bazar Ramadhan Jasin Dilanda Ribut

alhamdulillah aku dah selamat berade kat kampung. petang tadi mase otw dari bangi, hujan memang selebat2nye.. sampai tahap ade kereta jarak 5 meter kat depan pon tak boleh nak nampak… mmg ngeri jugak aku rase. tapi aku gagahkan jugak drive slow, pasang lampu ngan pasang signal. takut keta lain tak nampak aku. and seperti yg dijangka, kat area ayer keroh tak silap aku, ade kereta yg eksiden and rasenye hilang kawalan stering sampai berpusing, keta tu still kat tetengah jalan lagi and bonet depan dah habis berlanggar. aku tak bleh nak tengok beriye sangat sbb risaukan keselamatan diri sndiri. keta yg sebelum tu laju kat depan aku, tetibe sume bawak slow. mebi takut jadik cam keta yg dah eksiden tu. kalo tak silap aku ade lagi 2-3 keta kat tepi jalan tu. mebi keta yg eksiden ngan keta kat tetengah tu kot. before tu pon dari arah seremban ke KL ade eksiden gak kat nilai…

tapi yg tak dijangka ialah – rupenye ade puting beliung kat area jasin… dan puting beliung tu langgar area bazar ramadhan. kalo ikutkan post oleh Shukri Yusof kat facebook, keadaan mmg jadi huru hara la kan. sebab ade 3 orang yang meninggal akibat dari ribut tu. kalo ikut post Shukri ni kate 2 orang yang meninggal, tapi dalam utusan dah update sebenarnye 3 orang… sorang lagi pengunjung.

gambar ni diambil dari album Amir Hamzah..

dah bercampur ngan darah…

kanopi terbang…

ni pulak berita dari malaysian insider

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Che Suza Che Hitam berkata dua peniaga  yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40,  berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul Omar, 73, dari  Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari  Kampung Rim di sini.

“Ketiga-tiga mangsa cedera parah di kepala terkena khemah (panjang)  20 kaki kali 20 kaki (lebar) yang diterbang ribut,” katanya kepada Bernama di  sini, hari ini.

Che Suza berkata Abdul meninggal dunia ditempat kejadian, Mahadi di. Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka.

Mayat Abdul dan Mahadi dibedah siasat di Hospital Jasin manakala  Muhammad di Hospital Melaka.

Mahadi peniaga martabak manakala Abdul penjual cendol.

Sebanyak 21 khemah disediakan untuk 56 orang peniaga di bazar tersebut.

Beliau berkata kebanyakan daripada 18 mangsa yang cedera dirawat  sebagai pesakit luar di Hospital Jasin.

Seorang peniaga yang terselamat dalam kejadian itu, Farim Rosli, 32, berkata kejadian ribut yang kuat itu telah menerbangkan hampir kesemua 30 khemah yang disediakan kepada peniaga di Bazar Ramadan berkenaan.

“Tiba-tiba ribut datang, terbangkan khemah tempat saya berniaga,  nasib baik saya dapat mengelak daripada terkena tiang besi kaki khemah yang  diangkat ribut, kalau tidak tak tahu nasib saya,” katanya.

Beliau berkata orang ramai dan peniaga bertempiaran lari  menyelamatkan diri dan ada di antara mereka yang dihempap oleh khemah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: