kenape asyik nak mengamuk je ni?

Allahhuakbar… aku naik seram la dengan orang malaysia sejak 2 menjak ni.. asal bengang hangin sikit je terus nak ngamuk… time2 bln pose lak tuh. takleh nak control dah emosi agaknye. aritu dah kes yg tetak isteri sampai mati, anak putus jari. malam tadik pulak 1.45 simbah asid kat isteri ngan anak… wth man.. kenape weh? kenape mesti anak yg jadi mangsa??

Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan

Lelaki disyaki penagih dadah naik angin isteri minta cerai – sape pon akan mintak cerai laaa… sewel dah aku rase. wayar dah putus.

Gara-gara gagal mendapatkan RM30 daripada bekas isterinya, seorang penagih dadah menyimbah wanita itu, dua anak dan bekas ibu mertuanya dengan asid dalam kejadian di Kampung Sekayu dekat sini hari ini… takut tak? rm30 punye pasal. nak pakai buat beli dadah la aku rase tuh. aduyaii… aku sangat sedih/seram dengan orang2 yg takde akal pikiran waras lagi dah.

pastu yg lagi menyakitkan hati,. arini ade lagi yer jumpe bayi kena buang…. mmg bab!!! kali ni kat kota damansara. buang dalam beg sandang. dieorang tak takut langsung weh hukuman mati tuh. mebi ni satu cara dieorang nak cabar kewibawaan kerajaan kot. nak tengok betul2 ke undang2 ni dilaksanakan? ape lagi.. cantas cepattttttttttttt

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui sekumpulan lima lelaki yang sedang menjala ikan di sungai berkenaan kira-kira pukul 11.40 pagi.

Salah seorang daripada mereka, Badrul Abdul Rashid, 24, berkata, dia dan rakan-rakannya berasa curiga sebaik sahaja ternampak beg berwarna hitam itu tersangkut di tebing sungai sebelum membukanya.

“Selepas membuka zip beg itu, saya terkejut melihat bungkusan kain tuala dan sehelai kain yang dibalut seperti mayat. Saya kemudian memberanikan diri membuka getah pengikat rambut di bahagian atas dan bawah bungkusan itu.

“Setelah membuka balutan kain itu, saya nampak mayat seorang bayi berkulit gelap yang masih elok tanpa bau busuk,” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mayat itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mayat bayi tersebut mungkin baru ditinggalkan memandangkan keadaannya yang masih elok.

“Kita juga masih menyiasat sama ada bayi yang berkulit gelap itu ditinggalkan ketika dia masih hidup atau sebaliknya.

-utusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: